Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas polis tentera kata mereka diabaikan, dilupakan

Para pesara Kor Polis Tentera DiRaja sedih apabila khidmat dan pengorbanan mereka kepada negara selama ini seolah-olah dilupakan oleh pihak berkuasa.

Pada majlis memperingati ulang tahun kor itu ke-62 di sebuah kelab mewah di Sungai Petani pada Jumaat, beberapa pesara melahirkan rasa kecewa dan sedih kerana mereka disisihkan

Menurut bekas pegawai warant I Jalaini Mohamad, 52, mereka sering diberitahu oleh pihak atasan bahawa sumbangan mereka kepada negara akan dihargai.

"Jadi saya dah 10 tahun bersara. Selama 10 tahun, bukan saya seorang tetapi kawan-kawan saya semua sebelah zon utara - Perak ke Perlis - saya rasa, diri diabaikan. Tak pernah ambil tahu dan tak pernah ambil khabar.

"Apa-apa hari kebesaran dibuat di Pusat Latihan Kor Polis Tentera, di Kuala Lumpur, kami sepatutnya dijemput tapi tak pernah jemput saya dan rakan-rakan (ke program).

"Saya berkhidmat selama 22 tahun dan mencurah semua yang saya ada kepada Kor saya, saya semacam tidak dihargai," katannya yang kini menguruskan perniagaan sendiri di Kedah.

"Kawan-kawan yang sakit dan memerlukan bantuan perubatan, semua tak sampai sebagaimana yang kami harapkan, tak sebagaimana yang kami dijanjikan," katanya lagi.

Daripada 1984 hingga 2006, Jalaini bertugas di Kor Polis Tentera di Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur sehingga bersara di Melaka sebelum kembali ke kampung halamannya di Sungai Petani.

Beliau berkata para pesara tidak menuntut pelbagai perkara tetapi hanya mahu khidmat mereka dikenang oleh pihak berkuasa.

Mereka juga berasa terguris kerana tidak dijemput ke majlis yang dianjurkan oleh kepimpinan polis tentera itu.

Mereka juga menyambut ulangtahun mereka pada 12 November di KLang tahun ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS