Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadi: PAS halang DAP kuasai bandar untuk halal arak, judi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menentang DAP memperkenalkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan kerana tidak mahu kaum CIna menguasai kawasan bandar.

"Kita halang DAP daripada pemilihan perbandaran, (kerana) orang Cina akan kuasai bandar.

"Kita takkan benar (kawasan) bandar dikuasai oleh DAP, (yang) menghalalkan arak dan judi kepada orang Islam. Itu jawapannya, senang," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa DAP perlu kekal di kerajaan Selangor bagi memastikan PAS "tidak buat jahat" dan menghalang parti Islam itu melaksanakan "dasar yang tidak baik" kepada rakyat Selangor.

Malah sebelum hubungan PAS dan DAP terputus, mereka sudah berbeza pandangan cadangan DAP mengenai pilihan raya kerajaan tempatan.

Hadi kemudiannya memberi amaran bahawa pilihan raya kerajaan tempatan boleh membawa kepada rusuhan kaum, seperti rusuhan 13 Mei 1969.

Sementara itu, Hadi turut ditanya sama ada PAS masih berharap untuk menasihati kerajaan BN.

"Kita dalam Parlimen menasihati kerajaan. (Secara) rasmi atau tidak rasmi, berucap dalam Parlimen, (nasihat secara) rasmilah tu," katanya.

Hadi berkata pembangkang tidak harus terkongkong dan membantah semua apa yang kerajaan katakan.

"Kita adalah pembangkang yang menasihat," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS