Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Obama hadapi ‘dilema diplomatik’ berdepan Najib
Diterbitkan:  Nov 20, 2015 1:32 PM
Dikemaskini: Nov 21, 2015 1:52 AM

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama akan tiba di Kuala Lumpur hari ini dan pemerhati politik memerhatikan secara dekat bagaimana beliau akan berurusan dengan apa yang digambarkan sebagai "dilema diplomatik".

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) memetik pemerhati politik sebagai berkata Obama mesti mengambil kira kepentingan perdagangan negara itu dengan Malaysia, dan pada masa yang sama mengakui bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpalit dalam isu 1MDB dan skandal ‘derma’ RM2.6 bilion.

Bekas duta Amerika ke Malaysia John Mallot dilaporkan berkata Obama akan menjadi serba salah.

Ini kerana beliau tidak seharusnya terlalu rapat dengan Najib yang terpalit itu tetapi pada masa Washington masih mempunyai kepentingan di negara ini.

Obama dijangka mengadakan pertemuan peribadi dengan Najib pada malam ini dan WSJ juga memetik pegawai White House sebagai berkata bahawa Obama akan berterus terang menimbulkan persoalan mengenai status pembangkang di negara ini dan elemen lain mengenai demokrasi.

Bagi felo kanan di Brookings Center for East Asia Policy Studies, Joseph Chinyong Liow, mesyuarat itu sesuatu yang rumit bagi Obama kerana rakyat Malaysia akan melihat interaksi Obama-Najib sebagai satu sokongan.

Bagaimanapun, pemerhati politik lain percaya bahawa Obama dapat mengelakkan sebarang kerumitan diplomatik jika beliau hanya memberi tumpuan kepada isu-isu dasar yang memberi kesan kepada kedua-dua negara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS