Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sekolah di S'wak reput, tidak selamat - Laporan Audit
Diterbitkan:  Nov 24, 2015 4:22 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

LAPORAN AUDIT l Sebanyak 85.5 peratus sekolah di Sarawak mempunyai infrastruktur rosak teruk dan memerlukan pembaikan serta merta, kata Laporan Ketua Audit Negara 2014.

Menurut laporan itu, kerosakan yang dimaksudkan adalah seperti struktur kayu reput, struktur besi usang, struktur konkrit rosak, tanah mendap/tanah runtuh, sistem kumbahan rosak dan masalah serangan anai-anai.

Selain itu terdapat juga aduan laluan pejalan kaki rosak, bumbung/siling bocor, longkang rosak/tiada longkang dan sistem pendawaian usang.

Ia menyebut 127 daripada 145 sekolah berada dalam keadaan yang rosak teruk dan ada yang tidak selamat untuk diduduki.

Ia berkata beberapa blok di sekolah Lundu SK Sebako dan SK Jangkar didapati tidak selamat dalam pemeriksaan pada 10 Julai 2013 tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil setakat 31 Mac, 2015.

Pada Mac 16, juruaudit mendapati blok di SK Sebako itu dikosongkan untuk pengubahsuaian tetapi pelajar di SK Jangkar masih belajar di bangunan yang tidak selamat.

"Kementerian sepatutnya membina sebuah bangunan baru untuk menggantikan bangunan yang tidak selamat untuk memastikan keselesaan dan keselamatan kakitangan sekolah dan pelajar," petik laporan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS