Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktiviti perlombongan cemari sungai, kawasan tadahan
Diterbitkan:  Nov 24, 2015 4:59 PM
Dikemaskini: 9:03 AM

LAPORAN AUDIT l Audit ke atas aktiviti perlombongan bukan logam di Kota Tinggi dan Kulai di Johor mendapati berlakunya pencemaran alam sekitar terhadap sungai dan kawasan tadahan air di negeri itu.

Menurut siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara 2014 yang dikeluarkan semalam, pokok yang ditebang dijumpai di pinggir sungai dan pasir dilombong dari kawasan rizab sungai - semuanya dilakukan tanpa kelulusan.

Di samping itu, perubahan kepada aliran sungai juga dibuat tanpa kelulusan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), termasuk mengubah haluan Sungai Linggiu dan melebarkan Sungai Penggeli serta menyekat sebahagian alirannya.

"Antara syarat-syarat JPS ialah semua pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara dan zon penampan serta kawasan rizab sungai selebar 20 meter tidak boleh dicerobohi. Pengusaha perlombongan pasir juga tidak dibenarkan untuk menyekat atau mengubah aliran sungai dan denai di kawasan perlombongan pasir tanpa kebenaran JPS.

"Audit mengenai aktiviti perlombongan pasir di sungai-sungai di sekitar daerah Kota Tinggi mendapati bahawa enam syarikat telah melanggar syarat-syarat itu, termasuk menukar aliran sungai dan menebang pokok tanpa kebenaran JPS, dan ada juga pengusaha yang menjalankan aktiviti pengeluaran pasir di kawasan rizab sungai," petik laporan audit.

Menurut laporan itu, Pejabat Tanah Kota Tinggi yang mengulas hasil penemuan laporan audit berkata, pengusaha bersetuju untuk membuat perubahan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS