Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi dakwa NFC beri kelulusan retrospektif beli kondo
Diterbitkan:  Nov 24, 2015 6:18 PM
Dikemaskini: 11:18 AM

Ahli parlimen PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa bahawa National Feedlot Corporation (NFC) memberi kelulusan retrospektif pada mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu bagi meluluskan pembelian dua unit kondominium mewah enam tahun lalu.

Ini, katanya membolehkan Pengerusi Eksekutif, NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang didakwa dengan dua tuduhan pecah amanah jenayah dibebaskan hari ini.

Ia, bagaimanapun, disangkal oleh Salleh selepas pembebasannya. Beliau mendakwa kelulusan yang berkaitan diberikan pada tahun 2009, tahun yang sama dua unit pangsapuri mewah One Menerung dibeli.

"Keputusan ini dan sangkaan saya yang wakil kerajaan membenarkan pembelian ini (jika benar) mengesahkan pentadbiran Najib Razak tiada iltizam memerangi penyelewangan atau rasuah, dan saya rasa mereka tidak peduli lagi.

"Jangan merendah-rendahkan kebijaksanaan rakyat. Apa yang tidak melanggar undang-undang, tidak semestinya benar daripada segi moral," kata Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen.

"Saya dimaklumkan bahawa mereka mendapat kelulusan itu pada Jun. Jadi, (AGM) sepatutnya lebih awal daripada itu," katanya.

"Walaupun saya tidak mempunyai memorandum artikel persatuan yang penuh, tekaan saya adalah bahawa ini dibuat melalui AGM. Lazimnya, pembelian modal melebihi RM10 juta sepatutnya dibuat pada AGM," katanya.

Kelulusan retrospektif diterima mengikut Akta Syarikat dan juga diterima oleh mahkamah juga, kata Rafizi.

Beliau berkata, NFC hanya mempunyai dua pemegang saham - kerajaan yang memegang saham dengan kuasa veto dan Agroscience Industries Sdn Bhd, yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Salleh hari ini dibebaskan daripada dua tuduhan pecah amanah (CBT) membabitkan RM49.7 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Norsharidah Awang memberikan pelepasan itu selepas peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir berjumpa dalam kamarnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS