Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Masing: Sertai BN jika mahu guna lambang 'Dacing'
Diterbitkan:  Nov 24, 2015 6:28 PM
Dikemaskini: 10:30 AM

Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) perlu berada di dalam Barisan Nasional (BN) negeri sekiranya mahu menggunakan lambang 'Dacing' dalam pilihan raya negeri ke-11 tahun depan.

Menteri Kanan Sarawak Tan Sri James Masing, dengan nada yang tegas, berkata sama ada mereka menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) - masing-masing merupakan parti yang dianggotai mereka sebelum ini - atau menggunakan lambang sendiri.

"Bagi saya, ia sangat mudah. Sama ada menyertai parti yang pernah anda anggotai sebelum ini, atau menggunakan lambang sendiri dan bukannya menumpang populariti BN," kata Masing ketika merasmikan Malam Kebudayaan Pesta Kanowit di Kanowit malam tadi.

Masing juga adalah menteri pembangunan tanah Sarawak dan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Beliau berkata jika tidak mahu menyertai parti berkenaan, mereka sekurang-kurangnya mendapat penghormatan untuk bertanding menggunakan lambang sendiri, seperti beberapa bekas wakil rakyat BN negeri yang tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi masing-masing dalam pilihan raya lepas.

- Bernama

Lihat Komen
ADS