Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Parlimen M'sia kesal 'scissors salad' jadi viral
Diterbitkan:  Nov 26, 2015 9:13 AM
Dikemaskini: 1:24 AM

Parlimen Malaysia kesal dengan penyebaran gambar yang menunjukkan kesilapan ejaan pada kad menu untuk majlis perjumpaan pegawai kanan Parlimen bersama speaker di bangunan Parlimen.

Katanya, kad menu itu yang silap mengeja 'Caesar's salad' menjadi 'scissors salad', bagaimanapun telah dikesan mengandungi kesilapan ejaan itu sebelum majlis bermula dan telah diganti dengan kad yang diperbetul ejaannya.

"Parlimen Malaysia kesal dengan penyebaran gambar kad menu dengan kesilapan ejaan yang telah disebar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga mengundang persepsi negatif terhadap Parlimen Malaysia," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian komunikasi korporat Parlimen Malaysia semalam.

Ia juga menegaskan bahawa kad menu tersebut telah disediakan oleh jurusaji dan bukannya oleh pihak Parlimen Malaysia.

Gambar itu diedarkan secara meluas di internet, dan menjadi bahan jenaka dari ahli Parlimen, seorang menteri, seorang chef selebriti, dua rangkaian makanan dan pengguna internet.

Ada juga yang menyentuh kesilapan lain pada kad menu itu, termasuk kesilapan ejaan bagi hidangan pencuci mulut 'creme brule' yang dieja sebagai cream brule'.

Lihat Komen
ADS