Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AG nafi SD, anggap dakwaan Charles melampau
Diterbitkan:  Nov 26, 2015 2:47 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais tidak ada kaitan dengan siasatan firma pelaburan negara 1MDB yang sarat hutang, kata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini.

Sehubungan itu, beliau menolak akuan sumpah berkanun (SD) yang dibuat oleh adik TPP itu, Charles Suresh Morais bahawa kematian abangnya ada kaitan dengan siasatan 1MDB.

"Dakwaan Charles itu adalah sangat melampau dan tidak masuk akal. Malah apabila beliau (Kevin Morais) dipindahkan kembali ke Pejabat Peguam Negara pada awal Julai 2004, belum ada laporan berhubung 1MDB," katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian .

Mohamed Apandi yang kini di Nanning, China berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan Charles dalam akuan bersumpah dalam permohonan beliau supaya mayat abangnya terus disimpan di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) sehingga bedah siasat kali kedua.

Katanya, apabila Charles membayangkan bahawa tertuduh yang didakwa di mahkamah tidak terbabit dalam pembunuhan Kevin, beliau dilihat cuba mengganggu perbicaraan pembunuhan Kevin yang belum selesai.

"Saya perlu menyatakan apabila adiknya mula membayangkan pihak tertuduh tidak dikaitkan dengan pembunuhan Kevin, beliau dilihat sebagai mengganggu perbicaraan yang belum selesai," kata Apandi.

Mayat Kevin ditemui dalam tong dram bersimen dalam paya di Taman Subang Mewah, USJ 1, Subang Jaya, 12 hari selepas penculikan pada 4 September.

Enam lelaki didakwa dengan pembunuhan itu dengan ahli patologi Dr R Kunasegaran didakwa bersubahat.

Dalam sidang medianya semalam, Charles mendakwa pembunuhan abangnya itu ada kaitan dengan kertas pertuduhan sedang disiapkannya membabitkan "pegawai tinggi kerajaan".

Lihat Komen
ADS