Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Viral di FB dakwa kes remaja dirogol tak benar
Diterbitkan:  Nov 27, 2015 8:00 AM
Dikemaskini: 12:13 AM

Polis menafikan adanya kes cubaan rogol serta pukul ke atas seorang remaja perempuan di Jalan Mawar Biru, Pasir Gudang dekat Johor Bahru Khamis lepas.

Sebaliknya, kes yang dikatakan rogol dan samun itu merupakan kes mangsa dicederakan oleh warga asing, kata Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Abdul Samad Salleh.

Baru-baru ini orang awam digemparkan dengan beberapa keping gambar seorang remaja didakwa telah dirogol dan dipukul oleh beberapa orang warga asing yang tersebar luas di laman sosial Facebook.

Abdul Samad yang mengesahkan kejadian berkata tiada sebarang perlakuan cabul atau cubaan rogol atau samun daripada suspek terhadap mangsa yang berusia 21 tahun itu sebaliknya suspek mencederakan mangsa.

Melalui satu kenyataan semalam, beliau berkata bapa mangsa yang tampil membuat laporan polis berhubung kejadian pada kira-kira pukul 10 malam itu telah memberitahu bahawa anaknya telah ditolak dan terjatuh ke dalam longkang yang kemudian dipijak beberapa kali sebelum beredar.

Abdul Samad berkata mangsa yang sedang berjalan kaki pulang selepas selesai bekerja, tiba-tiba telah ditolak dari arah belakang oleh suspek, seorang lelaki yang dipercayai warga asing.

"Mangsa cedera di belakang kepala, bibir selain bengkak pada bahagian dahi dan muka akibat terjatuh dan dipijak ke dalam longkang sedalam dua meter itu, telah dirawat di sebuah hospital swasta dan dibenarkan keluar Sabtu lalu," katanya.

Beliau berkata pihaknya kini giat memburu suspek yang terlibat serta menyiasat kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS