Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Rakyat tidak harus tersilap dengan mempercayai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi, kata Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, Dr Mahathir secara aktif menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang, rakyat tidak harus melupakan ‘dosa-dosa lampau bekas perdana menteri itu.

“Jadi rakyat Malaysia jangan tersilap mempercayai Dr Mahathir sekali lagi. Kita boleh berterima kasih kepada beliau kerana bercakap tentang kebebasan bersuara, kepentingan ketinggian undang-undang dan melawan rasuah serta salah guna kuasa yang ada kini.

“Namun kita tidak akan lupa siapa yang menjadikan demokrasi negara ini tempang, melemahkan elemen semak dan imbang. Kita tidak akan lupa siapa yang bertanggungjawab ke atas satu demi satu skandal kewangan mega terawal negara.

“Kita tidak akan lupa siapa yang memfitnah dan menyeksa Anwar Ibrahim. Kita tidak akan lupa siapa pemimpin ketika rakyat diseksa kerana bangkit menuntut reformasi,” kata Nik Nazmi pada ucapan dasar beliau di kongres Pemuda PKR hari ini.

Ketua Pemuda PKR juga memilih membidas Dr Mahathir.

“Dr Mahathir berkata pemimpin yang buruk lahir daripada sistem demokrasi yang disalah guna.

“Justeru, kita harus sedar bahawa perdana menteri yang kita miliki pada hari ini sebenarnya lahir daripada sistem demokrasi yang telah disalah guna termasuk(oleh) Dr Mahathir sendiri,” katanya.

Beliau juga berkata tanpa teragak-agak bahawa semua masalah utama yang ada di Malaysia memang adalah salah Umno dan BN.

Malah, katanya, Dr Mahathir sekarang ini yang juga menyalahkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS