Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tanpa Nik Aziz, PAS sedia lawan Umno demi K'tan
Diterbitkan:  Nov 30, 2015 1:00 PM
Dikemaskini: 5:06 AM

PAS sedia mempertahankan pentadbiran kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang walaupun menyedari Umno yang berhasrat mahu merampas negeri itu, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad berkata meskipun dengan ketiadaan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, PAS yakim mampu meneruskan khidmat kerapa rakyat, lapor Sinar Harian hari ini.

"PAS akan tetap mengekalkan kuasanya di Kelantan, Umno memang beritahu akan rampas Kelantan dan kita pun bertegas benda yang sama iaitu akan mempertahankan Kelantan.

"Maka, sekarang ini sama-samalah bekerja untuk capai perkara tersebut," kata Ahmad seperti dilapor akhbar itu hari ini.

Beliau mengulas keyakinan BN negeri itu sebelum ini menyatakan keyakinan mereka untuk merampas Kelantan sekali gus menebus maruah kekalahan parti itu pada 1990.

Keyakinan itu disuarakan Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan mengambil kira faktor ketiadaan Nik Aziz dan pepecahan dalaman PAS sehingga wujud parti serpihan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Laporan itu menyebut, Ahmad berkata Umno cuba mengambil kesempatan ekoran kemelut pakatan pembangkang hari ini, tetapi menegaskan PAS juga akan berbuat perkara yang sama untuk terus kekal mentadbir kerajaan negeri.

"Mungkin dia (Umno) ambil kesempatan daripada apa yang berlaku dalam PAS dan kita pun akan ambil kesempatan dalam apa yang berlaku dalam Umno sekarang di mana parti itu kini banyak penyakit.

"Melihat kepada semua faktor, kita yakin kita berpeluang mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang," kata Ahmad.

Lihat Komen
ADS