Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki mengaku bersalah rogol adik ipar berusia 11
Diterbitkan:  Dec 1, 2015 11:36 AM
Dikemaskini: 3:38 AM

Seorang lelaki berusia 35 tahun mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol adik iparnya yang hanya berusia 11 tahun.

Menurut laporan akhbar New Straits Times , penganggur itu membuat pengakuan berkenaan di Mahkamah Sesyen Seremban semalam.

Dia dikatakan merogol gadis bawah umur itu di sebuah rumah di Port Dickson pada 1 September dan 23 November.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tidak kurang lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun. Dia juga boleh dikenakan sebatan.

Tertuduh itu tidak diwakili dan mahkamah menetapkan 30 Disember untuk menjatuhkan hukuman.

Minggu lalu, akhbar berbahasa Melayu, Harian Metr o, melaporkan bahawa lelaki itu, yang berkahwin dengan seorang kurang upaya berumur 14 tahun telah ditangkap kerana merogol adik isterinya.

Dilaporkan bahawa lelaki itu turut memaksa isterinya yang di bawah umur, merakamkan adengan rogol itu dengan menggunakan kamera video.

Akhbar tabloid itu juga memetik sumber yang berkata rakaman itu kemudian disalin ke VCD oleh lelaki berkenaan yang menjualnya kepada kawan-kawannya.

Sumber itu berkata, perkara itu terbongkar apabila rakaman itu diedarkan melalui aplikasi WhatsApp .

Lihat Komen
ADS