Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saranan tubuh panel bebas, akses kes rasuah berprofil tinggi

Sebuah panel bebas dicadang ditubuhkan untuk menentukan prima facie sebelum kes rasuah berprofil tinggi yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dirujuk kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan mengenai pendakwaan.

Ini disyorkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah (JKMR), yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, dalam laporan SCC 2014.

Laporan, yang dikeluarkan di Dewan Rakyat semalam, memetik contoh kes SRC International Sdn Bhd dan sumbangan politik RM2.6 bilion untuk mewajarkan keperluan bagi penubuhan panel tersebut.

Dalam laporan itu, SCC mencadangkan kepada Peguam Negara untuk menubuhkan sebuah panel bebas bagi meneliti kertas siasatan kes berprofil tinggi, seperti kes SRC International dan sumbangan politik RM2.6 bilion.

"JKMR mengesyorkan kepada Peguam Negara supaya dilantik sebuah panel bebas bagi mengkaji Kertas-Kertas Siasatan berprofil tinggi, contohnya kes SRC International dan RM2.6 bilion.

"Dalam hal ini SPRM membentangkan penemuan dan hasil siasatan kepada panel bebas sama ada wujud ‘prima facie’ ataupun tidak terhadap sesuatu kes sebelum syor siasatan kes berkenaan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk keputusan.

"Ini selaras dengan saranan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja Melayu dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bertarikh 6 Oktober 2015, iaitu:

“Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan Kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran. Kegagalan memberikan penjelasan danjawapan yangmeyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan. Akibatnya rakyat percaya sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi”.

Dalam laporannya, JKMR menegaskan bahawa penubuhan panel bebas itu bukan untuk mengambil alih peranan Panel Penilaian Operasi (ORP) k erana panel bebas itu hanyalah untuk mengkaji kes-kes khas berprofil tinggi yang tertentu secara ‘on case basis’ sahaja, sebelum dikemukakan kepada Peguam Negara.

"Pewujudan panel khas ini dicadangkan hendaklah terdiri dari tidak lebih lima orang pakar perundangan yang berintegriti tinggi untuk memastikan keyakinan rakyat terhadap siasatan kes berprofil tinggi dan seterusnya untuk mengurangkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan dan SPRM," kata laporan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS