Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim janji teruskan BR1M, hapus GST jika tawan Putrajaya

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berjanji jika Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya, rakyat akan terus menerima pemberian tunai sambil menikmati kos hidup yang lebih rendah hasil daripada tadbir urus yang baik.

"Di bawah Pakatan Harapan, rakyat Malaysia tidak perlu mempunyai dua pekerjaan untuk terus hidup

"Pakatan Harapan akan meringankan beban 30 juta rakyat Malaysia dengan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan.

"Rakyat Malaysia akan masih menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan tanpa GST, kesan daripada kerajaan yang bersih dan menjalankan tender terbuka," kata Lim dalam ucapan tahun baru hari ini.

Dalam mesej yang dipaparkan di laman Facebook rasmi beliau, Lim berkata BN menjadikan keadaan ekonomi lebih buruk kerana "pengurusan ekonomi yang gagal".

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan bahawa rakyat Malaysia perlu melakukan dua kerja untuk menampung kos hidup.

Tidak wajar jadi hamba ekonomi

Lim turut membidas Ahmad kerana mengheret namanya dalam cadangan supaya orang ramai melakukan dua pekerjaan.

"Walaupun saya melakukan pelbagai tanggungjawab dalam kerajaan dan parti politik saya, saya hanya mempunyai satu kerja iaitu berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Lim berkata demikian sebagai respon kenyataan Ahmad bahawa beliau juga melakukan tiga pekerjaan sebagai ahli Parlimen, ADUN dan ketua menteri.

Menurut Lim, sudah tiba masanya rakyat Malaysia menyingkirkan pemimpin BN seperti Ahmad Maslan dan hidup dalam ekonomi yang lebih bermaruah dengan melakukan satu pekerjaan.

"Rakyat Malaysia tidak wajar menjadi hamba ekonomi oleh BN.

"BN perlu diganti dalam pilihan raya umum yang akan datang supaya kita tidak menjadi pelarian ekonomi atau hamba ekonomi di negara kita sendiri," katanya

Lihat Komen
ADS