Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IS tak takut siapa pun, melainkan Israel
Diterbitkan:  Jan 3, 2016 3:24 PM
Dikemaskini: 1:03 PM

GLOBAL Israel satu-satunya negara di dunia yang digeruni Negara Islam (IS), menurut wartawan pertama Barat yang memasuki wilayah kumpulan bersenjata itu dan keluar darinya dengan selamat.

Memetik wawancara dengan Jewish News , Independent melaporkan pengalaman Jürgen Todenhöfer yang menghabiskan 10 hari dalam wilayah kumpulan itu.

Pemberita Jerman itu juga mendedahkan bahawa Israel tidak termasuk dalam rancangan tahap pertama IS dalam agenda penaklukan negara-negara di Timur Tengah.

“Satu-satunya negara yang IS takut adalah Israel – mereka beritahu saya mereka tahu tentera Israel sangat kuat untuk mereka,” Todenhöfer dipetik sebagai berkata.

“Mereka fikir mereka boleh kalahkan tentera Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), yang bagi mereka tiada pengalaman dalam gerila bandar atau strategi pengganas.

“Tetapi mereka tahu tentera Israel sangat kuat terutamanya dalam menentang pengganas dan gerila.”

Todenhöfer berkata militan IS yang ditemuinya tidak takutkan langsung tentera British atau Amerika dan beranggapan Pasukan Pertahan Israel (IDR) sebagai “bahaya sebenar”.

IS telah mengeluarkan beberapa ancaman kepada Israel dalam video-video propaganda mereka.

Oktober lalu, kumpulan itu berkata mahu membasmi “wabak” Judaisme dan akan memastikan tiada seorang pun Yahudi pun akan tinggal di Baitulmaqdis.

Walaupun kumpulan sekutu IS dipercayai aktif di Gaza, masih tiada serangan di Israel dan kawasan Palestin didakwa dibuat oleh mereka.

Selepas dibenarkan bertemu dengan pegawai, tentera dan penyokongnya di serata pelosok Iraq, Todenhöfer menggambarkan ancaman al-Qaeda sebelum ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan IS.

Israel tidak terlibat dalam pengeboman diketuai AS di Iraq dan Syria tetapi pihak risikan negara Yahudi itu dipercayai membocorkan maklumat berkaitan.

Lihat Komen
ADS