Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zuhdi buat raja segala lawak 2015, kata Mujahid

Parti Amanah Negara (AMANAH) geli hati dengan dakwaan PAS bahawa Israel menawarkan DAP AS$300 juta (kira-kira RM1.2 bilion) pada pilihan raya umum lalu sebagai habuan jaminan untuk membina sebuah pangkalan udara di Port Dickson sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki pada 30 Disember lalu adalah ibarat raja segala lawak bagi 2015.

"Bagaimana harus saya respons terhadap lawak ini? Saya fikir kita adalah macai DAP, sekarang kita jadi macai Israel pula," kata Mujahid sambil tergelak.

"Berapa banyak macai DAP ada sekarang? Jika mereka mempunyai begitu banyak wang, mengapa tidak DAP beli Umno sahaja?

"Meminta ulasan saya mengenai isu ini pun sudah dikira sebagai satu penghinaan. Ia tidak dapat difikirkan dan tidak dapat dibayangkan untuk mana-mana ahli politik untuk beri respons terutama dari AMANAH," katanya.

Mujahid berkata adalah seseuatu yang tidak terfikir bahawa parti pembangkang mahu menawarkan sebuah rejim seteru untuk menubuhkan pangkalan udara yang di Malaysia sedangkan ia belum merampas Putrajaya.

Beliau berkata walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, ia terus mempunyai kepentingan perniagaan di negara ini.

"Mengapa Zuhdi tidak tanya soalan ini?" kata Mujahid kepada bekas rakannya itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS