Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pua gesa 1MDB dedah S&P jualan pegangan di Bandar M'sia
Diterbitkan:  Jan 5, 2016 10:47 AM
Dikemaskini: 3:13 AM

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menggesa 1MDB supaya mendedahkan kepada umum perjanjian jual beli yang ditandatangani antara 1MDB Real Estate dengan konsortium Iskandar Waterfront Holdings-China Railway Engineering Corporation untuk penjualan 60 peratus pegangannya di Bandar Malaysia.

Pua berkata, ia bagi memastikan bahawa tidak ada kesamaran terhadap pemahaman perjanjian antara pihak-pihak yang berkaitan.

Dengan cara itu, tegasnya, tiada siapa yang boleh menuduh 1MDB bersikap memilih maklumat yang didedahkan kepada umum dan rakyat Malaysia tidak akan bimbang sama ada terdapat terma-terma penting dan substantif dalam perjanjian itu yang mungkin boleh menjejaskan kepentingan 1MDB dan pembayar cukai Malaysia.

Ketika membuat gesaan itu dalam satu kenyataan, Pua merujuk kepada pengumuman media 1MDB pada 31 Disember dan kenyataan China Railway Group Limited kepada Bursa Hong Kong pada 3 Januari.

Katanya, 1MDB telah mengumumkan bahawa Konsortium IWH-CREC telah menilai 100 peratus tanah Bandar Malaysia pada RM12.35 bilion.

Oleh itu, tambah Pua, 60 peratus daripada tanah tersebut akan bernilai RM7.41 bilion.

"1MDB akan menerima 10 peratus deposit daripada RM741 juta bila dilaksanakan Perjanjian Jualan Beli Saham, dengan urus niaga itu dijangka selesai pada akhir Jun 2016," katanya.

'Perbezaan amat ketara'

Sebaliknya, Pua berkata, China Railway Group telah mengumumkan bahawa konsortium itu akan membeli 60 peratus kepentingan ekuiti dalam Bandar Malaysia yang dipegang oleh 1MDB Real Estate pada harga RM5.279 bilion.

Ini, katanya, adalah satu "perbezaan yang amat ketara" yang patut dijelaskan oleh 1MDB bagi mengurangkan kekeliruan pasaran.

Sebagai contoh, katanya, 1MDB bercakap tentang nilai tanah, manakala China Railway bercakap tentang harga pembelian sebenar dan Pua menambah bahawa angka yang berbeza itu tidak masuk akal.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS