Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada luar biasa dengan kematian ikan di Gebeng, kata jabatan
Diterbitkan:  Jan 6, 2016 2:00 PM
Dikemaskini: 6:05 AM

Jabatan Perikanan berkata tidak “ada apa-apa yang luar biasa" dengan kejadian ribuan ikan yang ditemui mati dan terapung di Sungai Tonggak, berhampiran Gebeng di Pahang, lokasi perlombongan bauksit yang menjadi kegusaran penduduk tempatan.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Adnan Hussain berkata, ini selepas pegawainya menjalankan beberapa ujian dengan mengambil sampel air dari sungai itu.

"Selepas beberapa ujian oleh pegawai kami, keputusan menunjukkan bahawa kejadian itu tidak ada apa-apa yang luar biasa," kata Adnan yang dipetik akhbar New Straits Time s, semalam.

"Ujian awal menunjuk kematian ikan tidak ada kena mengena dengan kelodak dan lumpur. Tiada sungai-sungai lain di sini yang terjejas kecuali Sungai Tonggak," katanya.

Laporan terperinci mengenai kejadian itu dijangka siap dalam seminggu, kata Adnan.

Sebelum ini, ramai penduduk Kuantan begitu gusar dengan fenomena "laut merah" di pantai Balok.

Mereka cemas apabila ribuan ikan belanak terdampar di tebing sungai semalam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS