Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tweet Najib arah kabinet berjimat undang 'bala'
Diterbitkan:  Jan 7, 2016 6:30 PM
Dikemaskini: 10:37 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dihujani kritikan daripada pengguna Twitter hari ini selepas menulis tweet bahawa kabinet yang dipilihya diberi ingatan supaya membelanjakan peruntukan kerajaan secara berhemah.

Najib menulis tweet itu pada jam 4:40 petang tadi melalui akaun twitter rasminya, @NajibRazak.

“Dalam Mesy Jemaah Menteri pertama 2016 yg sy pengerusikan semalam, sy ingatkan Kabinet utk belanja peruntukan yg diberikan secara berhemah,” tulisnya.

Bernama melaporkan bahawa pada mesyuarat itu semalam, Najib memberitahu menteri kabinet supaya memastikan program yang dijalankan memberi kesan positif kepada rakyat keseluruhannya.

Pengguna twitter, bagaimanapun kurang kagum dengan keprihatinan secara tiba-tiba Najib untuk berjimat cermat, terutamanya apabila beliau sendiri dikaitkan dengan berbelanja mewah.

Ini termasuk mempunyai beberapa jet peribadi dan dakwaan beliau menggunakan dana awam untuk bercuti mengelilingi dunia.

Pengguna TwitterSirAiyelEdham menulis: "@NajibRazak Belanja Isteri sampai beli Beg berjuta ringgit tu semua kira berhemah kan Dato? Kejap nk belanja makwe saya jap”.

Seorang lagi pengguna,cthalijahDzahir menulis,"@NajibRazak dapat derma tu, kongsi2 lahh der. takkan makan sorg? habis kita yang lain makan asap?”

Pengguna @syfq_syrf, secara sinis menulis, "@NajibRazak jangan lupa ingatkan diri sendiri ea.”

Mengunakan sudut agama pengguna @PerahuSamudera menulis kepadanya: "@NajibRazak jom sama2 kita bertaubat, kiamat dah dekat. Assalamualaikum.”

Lihat Komen
ADS