Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan: Lupakan TPPA, adakan sidang khas kes Indira
Diterbitkan:  Jan 12, 2016 11:45 AM
Dikemaskini: 3:54 AM

Seorang pemimpin Pemuda Gerakan menggesa sidang parlimen khas mengenai penukaran agama golongan bawah umur yang memeluk Islam tanpa persetujuan ibu bapa mereka yang bukan Islam.

"Daripada sidang khas (parlimen) mengenai TPPA pada akhir bulan ini, lebih baik sidang khas dibuat terhadap kes Indra kerana dia bukan lah satu-satunya individu yang menderita di negara ini," kata Andy Yong.

Beliau merujuk kepada kes yang berlarutan antara Indira Gandhi dan bekas suaminya K Pathmanathan yang setelah memeluk Islam menggunakan nama Mohd Ridhuan Abdullah.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan itu berkata penyelesaian untuk kes Indira perlu diberi keutamaan.

"Saya juga mengendalikan beberapa kes-kes malang secara peribadi dan ia hanya membawa kesengsaraan kepada kedua-dua ibu bapa dan anak yang terlibat," katanya.

Berdasarkan keputusan majoriti 2-1, panel Mahkamah Rayuan pada 30 Disember tahun lalu menolak keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan sijil penukaran agama tiga anak seorang guru Tadika M Indira Gandhi.

Bekas suami guru tadika itu, seorang mualaf K Pathmanathan menukarkan agama ketiga-tiga kanak-kanak tersebut ketika masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan pada April 2009 selepas Pathmanathan memeluk Islam.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu sekarang masing-masing berusia 18, 17 dan tujuh tahun.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS