Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Serangan di Jakarta: Kawalan seluruh negara dipertingkat
Diterbitkan:  Jan 14, 2016 6:11 PM
Dikemaskini: 10:21 AM

Malaysia meningkatkan kawalan dan pemantauan keselamatan di seluruh negara berikutan serangan bom di Jakarta, Indonesia, pagi tadi yang menyebabkan sekurang-kurang tujuh orang terbunuh.

Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghalang serangan seumpaam itu berlaku di bumi Malaysia.

"Tumpuan kawalan kita adalah lokasi yang menjadi tumpuan ramai seperti pusat beli-belah dan kawasan pelancongan.

"Malah, penguatkuasaan di kawasan pintu masuk dan keluar sempadan juga ditingkatkan sebagai satu usaha mengekang sebarang cubaan serangan dan jenayah lain," katanya dalam kenyataan media beberapa jam selepas ledakan bom mengeggarkan Jakarta.

Khalid berkata, polis menguatkan kesiapsiagaan serta meningkatkan kawalan kerana serangan itu berlaku begitu hampir dengan negara.

Beliau memberi jaminan bahawa pasukannya akan terus memantau perkembangan dan memastikan keselamatan rakyat sentiasa dilindungi.

Sementara itu, Kementerian Luar memaklumkan tiada rakyat Malaysia terlibat dengan kejadian hari ini.

Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan, situasi di Indonesia sedang dipantau rapi oleh Kedutaan Besar Malaysia di negara itu.

“Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun yang melawat Jakarta dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mematuhi sebarang arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” petik kenyataan itu

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS