Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setahun selepas bekas Cif Inspektor Azilah Hadri disabitkan atas tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, peguamnya akan memfailkan hari ini pemohonan pengampunan dari istana Selangor.

Permohonan tersebut setebal kurang sedikit daripada 1,000 muka surat, dijangka difailkan oleh peguam utamanya, Hazman Ahmad di Istana Selangor di Bukit Kayangan, Shah Alam pagi ini.

Satu salinan permohonan itu akan turut difailkan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang merupakan anggota lembaga pengampunan negeri.

Azilah dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan.

Azilah kini ditahan di Penjara Kajang menunggu hukuman mati.

Sirul, yang hilang ketika keputusan itu dibuat, kini berada di Pusat Tahanan Imigresen Villawood dekat Sydney.

[Baca berita Penuh]

Lihat Komen
ADS