Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembalak tembak mati orang utan di Indonesia
Diterbitkan:  Jan 19, 2016 2:16 PM
Dikemaskini: 6:59 AM

GLOBAL l Seekor orang utan betina ditemui mati dengan kesan tombak di dadanya selepas disyaki diserang oleh kumpulan pembalak di wilayah Kalimantan Tengah, Indonesia, kata kumpulan perlindungan haiwan liar, hari ini.

Aktivis dari Yayasan Selamatkan Orangutan Borneo menemui bangkai orang utan berusia 15 tahun itu dari jenis yang terancam di daerah Kapuas pada Sabtu lalu ketika cuba untuk memindahkan semula primat berkenaan ke kawasan pemuliharaan, kata jurucakapnya, Nico Hermanu.

"Di bahagian dada dekat jantung orang utan itu terdapat luka berlubang yang tikam dengan tombak di hatinya dan terdapat kesan luka parang di tubuh.

"Kami mengesyaki ia dibunuh oleh pembalak haram kerana lokasi itu adalah jauh dari kawasan perumahan," kata Hermanu.

Sejak November tahun lalu, yayasan itu telah menyelamatkan 39 orang utan yang kehilangan habitat semula jadi dan itu tidak dapat mencari makanan selepas kawasan itu dimusnahkan semasa kebakaran hutan besar-besaran pada tahun lalu, kata Hermanu.

Mereka juga menjumpai beberapa orang utan yang cedera teruk di kawasan itu.

Orang utan hidup di kepulauan Borneo dan Sumatera.

Menurut kumpulan pencinta haiwan, WWF, terdapat kira-kira 45,000-69,000 orang utan Borneo dan 7,500 orang utan Sumatera di hutan.

- dpa

Lihat Komen
ADS