Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal enggan mengulas desas-desus bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menghentikan tajaan biasiswa kepada mahasiswa yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Bagaimanapun katanya, perkara itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak esok dalam Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016.

"Tak saya tak (mahu komen). Esok akan dibuat pengumuman. Sekali dengan pengumuman... kita dengar sekali daripada perdana menteri esok," katanya dalam sidang media di Majlis Perhimpunan Penguatkuasaan Sektor Awam di Pusat Konvensyen CIDB hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status biasiswa yang sebelum ini terdapat desas-desus akan ditarik semula.

Semalam, sekumpulan pelajar mendakwa dalam perjumpaan bersama JPA minggu lalu, jabatan itu mengesahkan bahawa biasiswa tersebut telah digantung sementara waktu.

Terdahulu Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong berkata, keputusan itu akan menjejaskan 700 pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, Wee kemudian menafikan ada membuat pengumuman mengenai penggantungan biasiswa oleh JPA.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS