Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis ikrar pulangkan RM50 ribu seperti Najib tapi...
Diterbitkan:  Jan 28, 2016 5:26 PM
Dikemaskini: 9:32 AM

Aktivis Fahmi Reza kini RM50,000 lebih kaya dan mengharapkan lebih banyak cek akan menyusul tidak lama lagi.

Ini selepas Mahkamah Tinggi mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis membayar pampasan kepadanya kerana tangkapan yang menyalahi undang-undang semasa protes di Dataran Merdeka pada tahun 2012.

Beliau yang menerima cek daripada DBKL hari ini dengan nada menyindir, berkata beliau telah mengambil keputusan untuk mengikut jejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mengembalikan wang itu.

Walau bagaimanapun, Fahmi tidak berhasrat untuk mengembalikan wang itu kepada pendermanya tetapi akan menghulurkannya kepada rakyat.

“Mengikut jejak langkah perdana menteri kita yang mana bijaksana, aku juga buat keputusan untuk pulangkan balik duit ni, tapi bukan kepada keluarga diraja Arab Saudi atau kepada DBKL, tetapi kepada rakyat.

“Tapi berbeza dengan Najib yang hanya pulangkan sebahagian daripada dana yang kononnya disumbangkan kepada dia, aku tak merancang untuk ambik satu sen pun duit ni.

“Kesemuanya akan disalurkan ke dalam sebuah tabung yang akan berikan dana kepada projek-projek dan usaha-usaha aktivisme melawan korupsi penguasa yang korup,” katanya di Facebook.

Ingat lagi kes aku menang lawan DBKL dan PDRM tahun lepas?Akhirnya DBKL dah hantar aku cek duit gantirugi dan kos yang...

Posted by Fahmi Reza on Wednesday, January 27, 2016

Pada 29 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan DBKL dan polis membayar Fahmi RM38,000 sebagai ganti rugi dan teladan serta bayaran kos sebanyak RM12,000.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS