Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anak bongsu Bashah pertahankan 'tertidur' ayahnya
Diterbitkan:  Feb 4, 2016 3:20 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

“Kaki tidur yang dicerca, dikeji, dimaki itu adalah satu-satunya abah saya dan saya bangga denganya,” kata satu kemas-kini di media sosial yang didakwa adalah tulisan anak bongsu menteri besar baru Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanapiah.

Beliau berkata demikian dalam tulisannya yang diterbitkan semula sepenuhnya oleh laman web pro-Umno Mykmu.net .

Gadis itu tampil mempertahankan ayahnya berikutan kritikan bahawa beliau hanya lulusan SRP dan sering tertidur termasuk ketika menghadiri majlis rasmi.

Ahmad Bashah dijadikan sasaran dan bahan ketawa oleh penyokong pembangkang dan pengkritiknya selepas beliau mengetuai sekumpulan pemimpin Umno Kedah untuk tampil memberontak dan menggulingkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar.

Merujuk kepada video dan gambar yang diedarkan kononnya Ahmad Bashah seolah-olah nampaknya tidur semasa majlis rasmi baru-baru ini, anaknya menyelar mereka yang bertanggungjawab itu.

Beliau mengingatkan mereka bahawa mereka bukannya maksum yang bebas dosa serta pasti akan ke syurga dan boleh menghukum orang tanpa usul periksa.

“Siapa tahu video tidur yang sangat popular itu semata-mata hendak burukkan abah. Orang yg rakam video tu merangkak la dekat padang masyar mintak maaf sebab sebar fitnah.Tetapi jangan risau, abah dah maafkan pun.

“Macam tu lah bila dah rasa diri bagus, bila besar boleh jadi keyboard warriors yang maksum bebas dosa confirm masuk syurga dan boleh menghukum orang tanpa usul periksa,” katanya.

Anaknya itu juga mempertahankan kekurangan ayahnya dari segi pendidikan dan menjelaskan bahawa beliau terpaksa melupakan hasrat melanjutkan pelajaran atas sebab-sebab yang baik.

“Betul, abah sekolah tak tinggi. Takda Master, tak ada Phd, apatah lagi diploma, bukan kelulusan luar negara, apatah lagi ahli motivasi/professional trainer.

“Sebab abah yang kena ambil alih tugas seorang ayah untuk keluarga dia. Jaga kakak, dan adik-beradik lain lepas ayah abah meninggal. Kerja jual telur ayam, jual durian, kelindan lori,” kata anaknya itu.

Walaupun mengakui bahawa kelayakan akademik adalah penting, beliau seterusnya menyoal apa gunanya pendidikan yang tinggi dan kejayaan politik jika mereka yang mempunyai kelayakan itu menyalin tugasan mereka semasa pengajian.

“Tapi sendunya hidup bila assignment pun meniru. Copy paste kulit ke kulit sampai orang lain pun dapat susah. Bila kantoi pandai salahkan orang lain.

“Alhamdulillah abah bijak dia tak beli ijazah ka master ka Phd dan lepas tu kantoi hanya kerana nak puaskan hati manusia yang memandang akademik semata-mata.

“Kesian abah sebab dia tak pandai selfie, tak pandai tweet dan post pencapaian dekat Facebook,” katanya.

Anak bongsu Bashah itu berhujah tiada siapa pun peduli tentang kelayakan ayahnya atau kekurangannya apabila beliau dipilih sebagai ketua perhubungan Umno negeri semasa PAS memerintah di Kedah.

“Lawak bila waktu dipilih jadi ketua semasa pemerintahan PAS tak ada orang yang persoalkan kelayakan akademik abah.

“Sebab siapa yang sanggup nak galas tanggungjawab itu? Kan?” soalnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS