Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jurutera di sebuah GLC didakwa mahu bom rumah PM
Diterbitkan:  Feb 5, 2016 1:00 PM
Dikemaskini: 6:31 AM

Sebuah laporan polis dibuat terhadap seorang pengguna Facebook yang didakwa mengugut untuk mengebom Kuala Lumpur dan Kediaman Rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya.

Laporan itu dibuat oleh aktivis Mohd Ali Baharum pro-BN di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara padi tadi.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju berkata membuat laporan itu selepas membaca ugutan itu dikongsi dengannya melalui aplikasi pesanan mesej WhatsApp.

"Ugutan ini amat serius kerana ia boleh menggugat keselamatan awam di sekitar Kuala Lumpur dan juga keselamatan perdana menteri sekeluarga," laporan polis itu dipetik.

Ali meminta pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengesan, menangkap dan menyiasat isu itu dengan segera kerana membahayakan keselamatan awam dan pemimpin negara.

Dalam laporan itu, beliau juga mengingatkan serangan bom di Jakarta baru-baru ini.

Semakan mendapati individu itu, dikatakan seorang jurutera kanan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), telah menutup akaunnya di laman sosial itu.

Bagaimanapun, berdasarkan yang sempat dikesan sebelum itu, beliau mengaku lulusan komunikasi massa di sebuah universiti di Shah Alam, tinggal di Kuala Lumpur, berumur 28 dan sudah berkahwin.

Lihat Komen
ADS