Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mangsa banjir di Negeri Sembilan meningkat
Diterbitkan:  Feb 7, 2016 11:56 AM
Dikemaskini: 3:59 AM

Jumlah mangsa banjir di Negeri Sembilan meningkat kepada 671 orang daripada 166 keluarga pagi ini.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Kamal Mokhtar berkata setakat pukul 6 pagi ini, tujuh pusat pemindahan dibuka iaitu lima di daerah Tampin dan masing-masing satu di daerah Rembau serta Port Dickson.

Di Tampin, sejumlah 598 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (F) Sungai Kelamah; Masjid Sungai Dua (22 orang); Balai Raya Parit Buloh, Air Kuning (17 orang); Balai Raya Sungai Kelamah (tujuh orang) dan Sekolah Kebangsaan Ladang, Gemas (empat orang).

Selain itu, di Lubok Cina, Rembau (14 orang) dan Surau Kampung Nerambai, Port Dickson (sembilan orang), katanya dalam kenyataannya hari ini.

Malam tadi sejumlah 511 mangsa banjir daripada 116 keluarga berada di enam pusat pemindahan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS