Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harimau belang yang dilanggar bukan terlepas dari zoo
Diterbitkan:  Feb 7, 2016 12:31 PM
Dikemaskini: 4:39 AM

Jabatan Perhilitan Terengganu mengesahkan harimau belang yang dilanggar di kilometer 321.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman awal pagi semalam adalah haiwan liar dan bukannya terlepas dari zoo berdekatan.

Pengarah Perhilitan Terengganu Mohd Hasdi Husin berkata berdasarkan bedah siasat terhadap harimau betina yang sedang bunting itu, mendapati ia mati akibat kecederaan parah di kepala selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

"Harimau berkenaan adalah haiwan liar dan bukannya terlepas dari mana-mana zoo (zoo Kemaman)," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut untuk mengetahui mengenai latar belakang dan habitat harimau seberat kira-kira 100 kilogram itu akan dijalankan oleh Jabatan Veterinar dalam masa terdekat.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, harimau betina berkenaan cuba melintasi lebuh raya sebelum dilanggar sebuah MPV yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

-Bernama

Lihat Komen
ADS