Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS boleh pecat Husam, kata Takiyuddin
Diterbitkan:  Feb 9, 2016 6:00 PM
Dikemaskini: 10:21 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan atau dipecat daripada PAS.

Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata demikian bagi mengulas tindakan Husam yang kebelakangan ini dilihat banyak menghentam parti itu.

Memetik laporan Bernama , Takiyuddin berkata perkara itu kini dalam perhatian pihaknya.

"Husam boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan dalam parti, digantung keanggotaan mahupun dipecat daripada parti," katanya.

Sementara itu Takiyuddin berkata PAS mengalu-alukan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakilinya.

Beliau berkata PAS tidak mempunyai kaitan langsung dengan parti itu walaupun ramai pemimpin dan anggota AMANAH terdiri daripada kalangan bekas anggota PAS.

"(AMANAH) tak ada kena mengena dengan kita dan dia tak perlu nak 'consult' dengan kita pun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Presiden Kehormat Gabungan Pertubuhan Tionghua Kelantan Datuk Chan Chia Ling.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan meletakkan calon di semua kerusi Parlimen dan DUN yang diwakili PAS.

Lihat Komen
ADS