Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pinda OSA untuk sembunyi rahsia kotor negara'
Diterbitkan:  Feb 10, 2016 1:00 PM
Dikemaskini: 5:11 AM

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) tidak berpuas hati dengan cadangan Peguam Negara Tan sri Mohamad Apandi Ali untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi hukuman penjara seumur hidup dan rotan kepada pemberi maklumat.

Pengarahnya, Cynthia Gabriel, menyifatkan cadangan itu sebagai "satu tindakan yang jelas bertujuan untuk menyembunyikan rahsia kotor di negara ini jauh daripada orang ramai".

Beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa OSA tidak lagi menjadi alat untuk melindungi keselamatan negara.

"Ia jelas bertindak sebagai perisai untuk menyembunyikan dosa-dosa rasuah, menghukum pemberi maklumat, dan memupuk budaya bebas daripada hukuman di samping membantu bentuk kepimpinan politik kleptocratic," kata Gabriel.

Beliau memetik satu kertas kerja komprehensif mengenai OSA yang dikeluarkan oleh pusat itu pada Jun lepas, yang telah menganalisis bagaimana undang-undang rahsia memudahkan dan membiak budaya rasuah sewenang-wenangnya.

Pada 7 Februari, Apandi dilapor berkata beliau sedang memikirkan untuk meminda undang-undang itu bagi meningkatkan hukuman terhadap mereka yang membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya.

Pejabatnya sedang mengkaji untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan sebagai hukuman.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS