Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesawat APMM bantu padam kebakaran di Gunung Baling
Diterbitkan:  Feb 12, 2016 4:41 PM
Dikemaskini: 8:44 AM

Sebuah pesawat Bombardier CL 415P milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) digunakan bagi membantu memadam kebakaran di Gunung Baling yang bermula semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling Mohd Suffian Alias berkata operasi memadam kebakaran menggunakan pesawat itu dijangka dimulakan kira-kira jam 3.45 petang ini.

"Kami akan bekerjasama dengan APMM untuk memadam kebakaran ini. Punca kebakaran masih belum diketahui," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Supt Syariffuddin Yusof berkata semua aktiviti pendakian dihentikan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada operasi tersebut.

"Orang ramai dilarang berada atau mendaki Gunung Baling sehingga diberitahu," katanya.

Kebakaran yang bermula sejak jam 2.40 petang semalam itu belum dapat dipadamkan sepenuhnya, setakat petang ini, memaksa kesemua aktiviti pendakian dihentikan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS