Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan polis wanita menyamar pembantu menteri WP
Diterbitkan:  Feb 13, 2016 5:19 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Satu laporan polis telah dibuat semalam berhubung seorang wanita yang menyamar sebagai pembantu peribadi menteri Wilayah Persekutuan dan meminta derma daripada kontraktor atau individu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, wanita itu juga meminta kontraktor atau individu berkaitan untuk memasukkan derma ke dalam akaun bank seorang lelaki.

"Tujuan dibuat laporan (polis) untuk menafikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terlibat dengan aktiviti atau kelakuan yang salah dilakukan oleh wanita itu, yang kononnya mendakwa dirinya sebagai

pembantu peribadi menteri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS