Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Semak dengan ahli anda, kata Zahid pada FMM mengenai isu pekerja asing

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) supaya menyemak dengan ahli-ahlinya berhubung jumlah pekerja yang diperlukan untuk industrinya.

Beliau mengulas dakwaan FMM bahawa pihak pekilang tidak meminta jumlah pekerja Bangladesh yang ramai yang kerajaan bercadang untuk dibawa masuk.

Katanya, FMM tidak pernah memohon untuk itu, tetapi ahli-ahli mereka yang memohon kepada Kementerian Sumber Manusia, bahagian pekerja asing di bawah Jabatan Imigresen, dan bahagian pekerja asing tidak mahir di bawah Kementerian Dalam Negeri.

"Saya harap mereka akan menyemak dengan ahli mereka sama ada benar ahli mereka atau majikan ini memohon terus kepada ketiga-tiga agensi ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

Beliau juga mempertahankan dasar kerajaan untuk membawa masuk pekerja, dengan berkata ia dirangka ekoran permintaan daripada pelbagai sektor.

Semalam, FMM berkata pekilang tidak mahu kemasukan pekerja Bangladesh yang begitu ramai.

Dalam satu kenyataan semalam, FMM berkata pekilang tidak secara khusus meminta pekerja Bangladesh.

Tahun lalu, Zahid mengumumkan 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk memenuhi keperluan majikan daripada pelbagai sektor.

Para pekerja akan masuk ke Malaysia di bawah skim Plus G2G yang membolehkan mereka bekerja dalam sektor pembinaan, perkhidmatan, pembuatan dan pertanian, selain daripada sektor perladangan sedia ada dibuka kepada mereka.

Rancangan untuk membawa masuk pekerja tersebut, bagaimanapun, berdepan dengan kritikan pelbagai pihak yang mempersoalkan keperluan untuk membawa masuk jumlah sebesar itu.

Pengkritik menegaskan bahawa kerajaan mesti menyelesaikan isu pekerja tanpa izin di negara ini terlebih dahulu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS