Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tak perlu makan, mesyuarat kerajaan minum sudahlah'
Diterbitkan:  Feb 15, 2016 11:40 AM
Dikemaskini: 3:42 AM

Kementerian-kementerian harus berbelanja bijak atau berdepan risiko pemotongan peruntukan dalam penyesuaian belanjawan 2016, kata Menteri Kewangan II.

Datuk Seri Husni Hanadzlah berkata, tidak seperti sebelum ini, indeks prestasi utama (KPI) kini ditentukan berdasarkan jumlah berjaya disimpan, bukan dibelanjakan.

“Sebelum ini, KPI kita berdasarkan input. Bila kita beri sebuah kementerian itu RM1 bilion, mereka harus belanja berdasar objektif kerja mereka.

“Tetapi kini, ia belanjawan berdasarkan hasil. Ini bermakna apabila kita mereka mereka RM1 bilion, mereka haru belanjakan RM900 juta untuk yang dianggap mencapai hasil yang baik,” Husni dipetik sebagai berkata.

Bercakap selepas hadir sambutan Tabun Baru Cina di Ipoh semalam, Husni berkata, kementerian-kementerian boleh berjimat dalam perbelanjaan majlis-majlis dan ketering.

“Kita dulu ada makan waktu mesyuarat, tetapi kini hanya minuman,” katanya.

Menteri kewangan kedua itu juga menggesa kementerian-kementerian belajar daripada kesalahan yang diketengahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Belanjakan 2016 disesuaikan semula selepas kejatuhan teruk harga minyak dunia dan nilai ringgit.

Antara lain, kerajaan merancang memotong perbelanjaan sehingga RM9 bilion.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS