Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus menikmati kebebasan selepas gabenornya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bersara.

Jaminan ini diberikan oleh Zeti sendiri bagi menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh ahli ekonomi dan penganalisis mengenai kebebasan bank pusat itu selepas beliau dijadualkan berundur pada bulan April depan.

"BNM mempunyai kekuatan institusi dan daya tahan, yang diasaskan mengikut undang-undang yang memberikan kami kuasa yang luas dan kebebasan. Dengan itu, kami akan pastikan kebertanggungjawaban," katanya.

Zeti menjangkakan kebebasan Bank Negara akan berterusan selepas persaraan beliau pada 30 April.

"BNM telah menikmati (kebebasan) dan mempunyai rekod prestasi yang positif," katanya ketika ditemui di Sajana Kijang selepas pelancaran Platform Akaun Pelaburan (IAP) di Kuala Lumpur, pagi ini.

Beliau juga memberi jaminan bahawa BNM tidak akan diterajui oleh mana-mana ahli politik selepas dirinya berundur.

"Malah institusi kewangan juga tidak mempunyai ahli politik sebagai ahli lembaga pengarah, (ini) lebih-lebih lagi bagi bank pusat," katanya ketika ditanya sama ada gabenor baru terdiri daripada seorang ahli politik.

Zeti juga menafikan persaraannya akan memberi kesan kepada tukaran ringgit.

Sebaliknya kata beliau, pergerakan ringgit ditentukan oleh faktor domestik seperti pertumbuhan ekonomi, lebihan perdagangan dan akaun semasa serta perkembangan di luar negara.

"Ekonomi negara terus berkembang. Kami (Bank Negara) akan mengumumkan perangkaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku keempat esok," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS