Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam Najib: Belum ada arahan mengenai dakwaan WSJ
Diterbitkan:  Feb 19, 2016 12:35 PM
Dikemaskini: 7:11 AM

Seorang peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak berkata, pihaknya masih belum melihat atau menonton wawancara web editor kewangan akhbar Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa berjuta-juta ringgit yang berada di akaun bank peribadi perdana menteri adalah dari 1MDB.

Editor Kewangan WSJ, Ken Brown membuat dakwaan itu dalam satu temu bual dengan rangkaian televisyen ABC News Australia pada 12 Februari lalu.

Peguam Wan Azmir Wan Majid berkata firmanya Hafarizam Wan Aisha Mubarak akan mendapatkan arahan lanjut daripada Najib berhubung perkara itu sebelum membuat keputusan sama ada untuk memfailkan saman.

"Saya belum melihat artikel atau menonton video itu. Saya tidak boleh komen kecuali selepas melihatnya.

"Secara jujur, saya belum mendapat arahan. Jika kami mendapat arahan dan saya tahu dengan nyata apa yang diperkatakan itu adalah benar atau tidak, saya akan mengulas," katanya hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS