Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi panel SPRM nafi cukup bukti untuk dakwa PM
Diterbitkan:  Feb 25, 2016 10:47 PM
Dikemaskini: 2:48 PM

Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Hamid Bugo menafikan pihaknya percaya terdapat bukti cukup untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hamid mengeluarkan kenyataan itu bersama seorang lagi anggota PPO Mohamed Jawhar Hassan, susulan artikel The Malaysian Insider (TMI) bertajuk “ Enough proof to charge Najib over SRC ” (Cukup bukti untuk dakwa Najib dalam isu SRC).

“Panel juga tidak menyimpulkan bahawa penyiasat SPRM mengutip cukup bukti untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib,” kata mereka.

Laporan TMI itu memetik seorang anggota PPO.

“Kami ingin nyatakan tiada sumber tidak dinyatakan diberi kuasa bercakap untuk dan bagi pihak panel dalam sebarang keadaan.

“Dalam semua keadaan, kami dengan ini menyatakan tidak terlibat daripada sebarang kenyataan dikeluarkan sumber tidak dinyatakan itu,” katanya.

Hamid dan Jawhar juga mengeluarkan kenyataan berbeza dengan kenyataan SPRM semalam, yang didakwa dikeluarkan atas permohonan PPO.

Dalam kenyataannya, SPRM berkata PPO bersetuju supaya kes SRC International dihantar semula kepada peguam negara untuk disemak semula selepas beliau enggan mendakwa kes itu di mahkamah.

Kenyataan sama berkata PPO meminta mereka meminta peguam negara mengeluarkan Bantuan Undang-undang Bersama bagi mendapatkan maklumat perbankan luar negara dalam isu kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

“Kami ingin nyatakan bahawa kami tidak buat permohonan sebegitu kepada SPRM.

“Bagaimanapun terpulanglah kepada SPRM jika mahu keluarkan sebarang kenyataan,” katanya.

Kenyataan SPRM hanya ditandatangani oleh Hamid dan Jawhar.

Anggota panel lain termasuk Zamani Abdul Ghani, Azizah Arshad, Wan Abdul Wahab Abdullah, Normah Omar, Sundramoorthy M Pathmanathan dan Lim Chee Wee.

SRC International syarikat milik Kementerian Kewangan dan bekas anak syarikat 1MDB.

TMI disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini atas alasan melanggar undang-undang negara.

Lihat Komen
ADS