Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairuddin lapor penggantungan Muhyiddin kepada ROS
Diterbitkan:  Feb 28, 2016 11:53 AM
Dikemaskini: 3:59 AM

Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan akan membuat laporan terhadap parti itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 1 Mac.

Beliau mendakwa Majlis Tertinggi Umno tidak mematuhi peraturan parti termasuk apabila menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden.

Tambahnya, dengan menggantung Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua dalam parti, majlis itu juga tidak menghormati keputusan pemilihan parti lalu.

Majlis Tertinggi Umno menggantung Muhyiddin daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden pada Jumaat kerana menentang presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Khairuddin berkata pemecatan beliau sendiri sebagai Naib Ketua Umno Batu Kawan, dan pemecatan Ketua Wanita Umno Gopeng Hamidah Osman menunjukkan Majlis Tertinggi bertindak di luar bidang kuasa mereka.

Katanya, sama ada Hamidah mahupun Muhyiddin telah diberikan surat tunjuk sebab dan tidak diberi peluang untuk membela diri sebelum tindakan diambil terhadap mereka.

Khairuddin mencabar kepimpinan Umno untuk mengadakan pemilihan parti sekarang untuk membuktikan kekuatannya.

"Jika Presiden Umno dan Majlis Tertinggi fikir mereka kuat dan mendapat sokongan rakyat, maka sila adakan pemilihan Umno sekarang.

"Jangan tangguhkannya sehingga 2018," kata Khairuddin.

Lihat Komen
ADS