Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemansuhan subsidi, harga roti canai bakal naik
Diterbitkan:  Mar 1, 2016 1:48 PM
Dikemaskini: 5:53 AM

Roti canai, sarapan ruji bagi sebahagian besar rakyat negara ini dijangkakan menjadi lebih mahal selepas kerajaan hari ini memansuhkan subsidi untuk kampit tepung gandum yang seberat 25kg.

The Star melaporkan bahawa subsidi itu dimansuhkan menjadikan harga untuk kampit tepung 25kg dijual pada RM42 berbanding RM33.75 sebelum ini.

Akhbar harian berbahasa Inggeris memetik seorang pengimport tepung sebagai berkata bahawa harga makanan seperti roti canai dan kuih muih tempatan akan terjejas dengan penghapusan subsidi itu.

Walau bagaimanapun, pengimport berkata harga roti, biskut dan kek, yang menggunakan tepung premium yang tidak mendapat subsidi, tidak akan terjejas.

Subsidi untuk beg 1kg tepung yang dibeli oleh kebanyakan isi rumah, bagaimanapun, masih bersubsidi dan dijual pada harga RM1.35.

Difahamkan bahawa pengilang dan pemborong telah dimaklumkan mengenai penghapusan subsidi itu minggu lalu.

Laporan The Star bagaimanapun tidak menyatakan mengapa subsidi ditarik semula.

Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaprkan sedang melaksanakan langkah berjimat-cermat berikutan kegawatan ekonomi dan kejatuhan berterusan harga minyak dunia ditambah pula dengan kemerosotan mendadak nilai ringgit.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS