Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pua cabar Najib jawab dakwaan terbaru WSJ
Diterbitkan:  Mar 1, 2016 3:36 PM
Dikemaskini: 7:41 AM

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menjawab sama ada benar bahawa hampir atau lebih AS$1 bilion dari 1MDB disalurkan ke akaun bank peribadinya.

"Perdana Menteri perlu henti memberi alasan bahawa Wall Street Journal (WSJ) mencipta konspirasi (terhadapnya)," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Pua juga disoal sama ada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tahu dari mana wang berkenaan berasal.

"Adakah ia daripada penderma Arab yang sama, atau kali ini, daripada seorang penderma Pakistan?

"Saya tidak tahu. Mereka mesti jelaskannya dan tidak boleh sekadar berkata WSJ berkonspirasi terhadap kerajaan Malaysia," katanya.

WSJ dalam laporan terbaru mendakwa deposit ke akaun bank peribadi Najib berjumlah lebih daripada AS$1 bilion, termasuk desposit AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang menurut Najib dan pihak berkuasa Malaysia sebagai sumbangan politik..

Pua juga mencabar Najib untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ sama ada Malaysia, Hong Kong atau di Amerika Syarikat, jika laporan itu tidak benar.

"Jika tindakan tidak boleh diambil terhadap WSJ di Malaysia, maka lakukannya di Amerika Syarikat. Kenapa dia tidak menyaman?" soal Pua.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS