Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azalina: Keputusan Muhyiddin kekal dalam Umno bukti ia parti terbaik
Diterbitkan:  Mar 3, 2016 6:54 PM
Dikemaskini: 10:59 AM

Keputusan bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal dalam parti menjadi bukti Umno adalah wadah terbaik untuk perjuangan membela agama, bangsa dan negara, kata Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata keputusan MT Umno untuk menggantung Muhyiddin dibuat tanpa mengira kedudukan dan jawatan beliau dalam parti.

"Sesiapa sahaja yang menjadi ahli perlu akur dengan keputusan parti. Setiap ahli Umno juga perlu setia kepada kepimpinan di samping berkhidmat kepada bangsa, agama dan tanah air," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Muhyiddin (gambar) mempunyai hak seperti termaktub dalam Perlembagaan Umno dan beliau pasti akan menggunakan hak itu untuk berbuat apa saja.

"Bagaimanapun beliau perlu bertanggungjawab ke atas setiap tindakannya termasuk mematuhi tataetika serta disiplin dan tidak menjadi gunting dalam lipatan," katanya.

Hari ini, Muhyiddin yang juga ketua Umno bahagian Pagoh dalam satu sidang media khas bersama-sama Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan untuk terus kekal dalam parti kerana mahu memperbaiki parti dari dalam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS