Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas pegawai tinggi polis buat laporan terhadap AG

Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim telah membuat laporan polis terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung dengan derma RM2.6 bilion.

Dalam laporan yang dibuat pada hari Rabu, Mat Zain mendakwa AG disyaki telah "menyalahgunakan kuasanya, menyembunyikan maklumat, dan atau menggunakan keterangan palsu" apabila membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku dalam kes derma tersebut.

Dalam laporannya, Mat Zain telah menganalisis dakwaan Apandi bahawa derma itu datangnya dari seorang putera Raja Saudi untuk membuktikan dakwaannya bahawa AG didakwa telah memberi maklumat palsu.

Memetik senarai Forbes 2013 mengenai individu Arab paling kaya di dunia, Mat Zain berkata, hanya empat orang putera sahaja berada dalam senarai tersebut.

Mereka ialah Putera Alwaleed Talal yang ketika itu dilaporkan mempunyai AS$20 bilion; Putera Sultan Mohammed dengan AS$2.6 bilion; Putera Abdullah Musaad dengan AS$144.5 juta dan Putera Mutaib Abdulaziz dengan AS$110.1 juta.

Daripada empat orang tersebut, hanya Putera Mutaib adalah anak kepada seorang raja, tetapi AS$110.1 juta yang dimiliknya jauh lebih rendah daripada AS$681 juta yang didermakan kepada Najib.

Mat Zain menganjurkan bahawa jika Najib telah memulangkan AS$620 juta kepada pendermanya pada bulan Ogos 2013, maka kedudukan penderma tersebut akan lebih tinggi dalam senarai Forbes.

Bagaimanapun, Putera Mutaib tidak tersenarai dalam senarai Forbes 2014 mengenai orang Arab paling kaya, menjadikan hanya Putera Alwaleed, Putera Sultan, dan Putera Abdullah merupakan kerabat diraja Saudi yang disenaraikan, hujah bekas pegawai kanan polis itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS