Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menggesa supaya penggubal undang-undang untuk henti berpolitik serta menyatakan hasrat supaya pentadbiran yang ada kini diteruskan bagi merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
Bagaimanapun fitnah dan tindakan untuk menjatuhkan antara satu sama lain perlu dielakkan.
"Beta juga berharap semua ahli yang berhormat berhentilah berpolitik untuk kepentingan sempit kerana ia telah berlarutan sejak sekian lama di mana ia melelahkan rakyat dan kerajaan.
"Berikanlah contoh teladan yang baik kepada rakyat dengan saling bergandingan sejak sekian lama di mana ia melelahkan rakyat dan kerajaan
"Dalam negara demokrasi berpelembagaan, kita boleh berlainan pandangan. Raikanlah ruang tersebut namun bukan saling menjatuhkan, bermusuhan dan fitnah-memfitnah yang akhirnya menjerumus negara kepada kehancuran. Elakkan juga daripada memburukkan negara di mata masyarakat antarabangsa," titah baginda.
