Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairuddin buat laporan 'tumbuk Mahathir biar hilang gigi’
Diterbitkan:  Mar 8, 2016 7:18 PM
Dikemaskini: 1:03 PM

Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini membuat laporan polis terhadap pemimpin Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao kerana untuk menggesa pihak polis untuk menagkap dan memukul bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ramesh Rao, tolong jangan nak tunjuk samseng jalanan! Kalau ada hati nak jadi pemimpin; perkemaslah sikit perangai tu.

“Rupa hodoh tak apa tiada masalah tapi kalau perangai hodoh susahlah nak jadi pemimpin,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Dalam laporan polisnya, Khairuddin berkata beliau percaya Ramesh mengugut dengan niat untuk mencederakan Dr Mahathir.

"Ia merupakan satu ugutan dengan niat secara sengaja untuk mencederakan Mahathir yang bercanggah dengan undang-undang negara ini,” katanya dalam laporan polis berkenaan.

Khairuddin berkata, kenyataan yang berunsur ancaman itu adalah tidak wajar bagi seorang pemimpin NGO pro-Najib yang kononnya mendukung kesedaran sosial.

Menurut beliau, dirinya mengikut lunas undang-undang apabila tidak bersetuju dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB iaitu dengan membuat laporan polis, SPRM dan dengan pihak berkuasa di luar negara

Semalam, Ramesh membuat laporan polis terhadap Mahathir dan kumpulan 'Selamatkan Malaysia' kerana mendakwa mereka cuba menggulingkan Najib melalui cara yang tidak demokratik

Ini berhubung Deklarasi Rakyat, Jumaat lalu yang menggesa penyingkiran Najib mengikut saluran undang-undang dan perlaksanaan pembaharuan institusi.

Ramesh juga mendakwa bahawa kumpulan itu telah menyewa 250 bas untuk membawa 100,000 penunjuk perasaan yang dibayar bagi menghadiri perhimpunan pada 27 Mac ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS