Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Izzah: Najib produk ‘sistem’, lagi sepertinya akan datang
Diterbitkan:  Mar 9, 2016 9:19 PM
Dikemaskini: 1:23 PM

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya produk sesuatu ‘sistem’.

Oleh itu, katanya, peletakan jawatan Najib hanya akan membuka jalan kepada lebih ramai pemimpin sepertinya untuk menggantikan beliau.

"Akan ada banyak lagi seperti dia - mungkin seorang graduan Oxford yang lebih bergaya - kerana sistem membenarkan seseorang sepertinya muncul," katanya semasa ditemu-bual oleh saluran radio perniagaan BFM 89.9.

"Bagi saya, saya minta maaf, saya tidak boleh membuta tuli menerima peletakan jawatan tetapi tidak tahu apa yang akan jadi selepas itu," katanya

Nrul Izzah berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada perletakan jawatan dengan imuniti adalah lebih baik daripada membiarkan Najib untuk terus berkuasa.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, bagaimanapun, mempersoalkan apa yang akan tercapai dengan perletakan jawatan Najib.

"What would PM Najib Razak's resignation change?" - Nurul Izzah Anwar The Vice-President of Parti Keadilan Rakyat spoke to #BFMUncensored about her thoughts on immunity for the PM. Would you support immunity for the alleged crimes committed in exchange for the PM's immediate resignation?

Posted by BFM Radio - The Business Station on Wednesday, March 9, 2016

"Katakan dia letakkan jawatan dan digantikan oleh timbalannya, apakah perubahan yang bakal berlaku?

"(Bekas ketua pembangkang) Anwar Ibrahim masih di penjara. Sebahagian besar daripada kita masih menghadapi tuduhan, mungkin (akan) disabitkan dan kehilangan kerusi kami.

"Kita perlu jelas; apa yang dimaksudkan dengan perubahan? Itulah sebabnya saya selalu berkata ia mesti ditambah dengan melaksanakan pembaharuan institusi, " katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS