Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
WSJ: Goldman siasat anak bekas pembantu Najib
Diterbitkan:  Mar 10, 2016 4:17 PM
Dikemaskini: 10:05 AM

Firma pengurusan pelaburan, Goldman Sachs sedang mengkaji pengambilan anak perempuan kepada seorang pembantu kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika firma itu mengadakan rundingan dengan 1MDB, dakwa akhbar Wall Street Journal .

Memetik sumber, WSJ berkata ini adalah sebahagian daripada siasatan dalaman berhubung urusan Goldman dengan 1MDB dan ke atas bekas pengerusi syarikat itu bagi operasi di Asia Tenggara, Tim Leissner.

Ia melaporkan bahawa Leissner telah mencadangkan supaya Goldman Sachs mengupah anak perempuan ahli politik itu sebagai penganalisis bank pada tahun 2010.

Wanita itu dikatakan melalui proses temuduga yang sama seperti calon-calon lain dan jabatan undang-undang dan pematuhan Goldman ‘membersihkannya’.

Sumber WSJ berkata Leissner bukanlah hubungan utama bank itu dengan 1MDB pada masa wanita itu diambil bekerja.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama individu yang diambil bekerja itu sementara menunggu reaksinya.

Leissner terlibat dalam urusan 1MDB, termasuk penawaran bon AS$3 bilion pada awal tahun 2013 dengan syarikat itu mendapat bayaran sebanyak hampir AS$300 juta.

Beliau menamatkan perkhidmatannya di Goldman Sachs pada Februari lalu dan sejak itu telah disepina oleh Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) bagi membantu siasatan 1MDB.

Perdana menteri menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Beliau juga telah menuduh WSJ bersubahat dengan mereka yang ingin menjatuhkannya tetapi sehingga hari ini masih belum menyaman akhbar itu walaupun mengugut untuk berbuat demikian.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS