Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'BN sendiri tolak cadangan perumahan awam di Tmn Manggis'

Exco perumahaan kerajaan negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo mendedahkan beberapa dokumen yang membuktikan bahawa pentadbiran BN sebelum ini menolak permohonan Suruhanjaya Tanah Persekutuan untuk mengambil alih tanah Taman Manggis untuk dijadikan kawasan perumahan awam.

Dokumen itu termasuk minit mesyuarat bertarikh 28 Mac 2007 dan disahkan pada 4 April, 2007, yang menunjukkan bahawa exco kerajaan negeri ketika itu menolak permohonan suruhanjaya berkenaan.

Pada sidang akhbar di bangunan Komtar, hari ini, Jagdeep mendedahkan bahawa mesyuarat exco pada 28 September 2005, yang diminitkan di bawah perkara 16.3, menyatakan bahawa exco kerajaan negeri ketika itu, Datuk Teng Chang Yeow memaklumkan bahawa satu blok rumah pangsa kos rendah telah pun dibangunkan di tanah berkenaan.

"Beliau kemudian mencadangkan supaya baki plot tanah yang berdepan dengan Jalan Burmah digunakan untuk pembangunan yang merangkumi rumah kedai dan kuarters kerajaan," kata Jagdeep ketika membacakan minit itu.

"Pada mesyuarat itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon berkata, memandangkan lokasi strategik plot itu, tanah berkenaan boleh ditenderkan kepada pemaju swasta supaya kerajaan negeri tidak perlu menanggung kos yang tinggi untuk membangunkannya.

"Setiausaha kerajaan negeri kemudiannya diminta untuk menyediakan kertas kerja untuk pertimbangan exco," katanya.

Jagdeep juga menuntut permohonan maaf daripada Gerakan kerana mengelirukan orang ramai dengan mendakwa kerajaan negeri sebelum ini merancang untuk membina perumahan awam bagi rakyat miskin di Taman Manggis.

Jagdeep berkata minit mesyuarat pentadbiran BN sebelum ini - yang telah dinyah-rahsiakan hari ini - menunjukkan kerajaan BN tidak mempunyai niat untuk membina perumahan awam pada plot 1.1 ekar tanah, di Jalan Zainal Abidin, Taman Manggis.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS