Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir ‘menangis’, ikut fakta Najib lebih baik - Annuar
Diterbitkan:  Apr 1, 2016 12:35 PM
Dikemaskini: 4:39 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih baik dalam memimpin negara berbanding pemimpin yang lain terutamanya dalam menangani masalah ekonomi kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

“Walaupun dilanda masalah dari segi perancangan ekonomi, zaman Najib yang paling baik jika nak dibandingkan dengan presiden-presiden sebelum ini.

“Ramai orang beranggapan ekonomi kita akan hancur, kita akan menjadi negara yang gagal di bawah kepimpinan Najib, namun semua hanyalah sentimen.

“Faktanya, ialah ekonomi kita meningkat dalam kadar 4.5 peratus hingga lima peratus walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak seberapa baik ketika ini,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian .

Menurutnya, ekuiti Bumiputera kini meningkat pada tahap 24 peratus di bawah pentadbiran Najib dan berlaku pengurusan ekonomi yang berbeza di zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya lagi, keadaan berbeza pada zaman Mahathir menjadi perdana menteri pada tahun 1981.

Ketika itu, ekuiti bumiputera tidak meningkat.

“Ini berbeza dengan zaman pemerintahan Mahathir dulu… ketika itu ekuiti Bumiputera masih kekal pada 18.7 peratus. Tidak ada sebarang peningkatan dalam tempoh 22 tahun.

“Kalau kita mahu memperbesarkan isu 22 tahun memerintah tetapi tidak dapat menyumbang kepada pembangunan negara adalah satu isu besar,” katanya.

Malah Annuar berkata Mahathir kini ‘menangis’ di pentas dan berkata tidak berjaya membantu orang Melayu dan ‘pusing cerita’ meletakkan kesalahan ke atas Melayu.

“Kalau kita nak pusing cerita dia pula, nak salahkan kaum Melayu buat apa. Dia yang jadi presiden 22 tahun,” katanya.

Lihat Komen
ADS